Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia utk melahirkan anak-anaknya yg akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang.Pertama lahirlah pasangan Qabiel dan adik perempuannya yg.diberi nama "Iqlima",kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habiel dan adik perempuannya yg diberi nama "Lubuda".
Kedua org tua,Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dgn senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yg lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yg melahirkan bayinya. Mereka meharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yg akan berkembang biak utk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dgn amanat yg telah dibebankan keatas bahunya.
Di bawah naungan ayah ibunya yg penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dgn cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja.Yang perempuan sesuai dgn qudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yg menjadi tugas wanita,sedang yg laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah utk memenuhi keperluan hidupnya.Qabiel berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habiel dibidang perternakan.
Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta menyintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dlm kedudukkan yg wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya.Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dlm harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.
Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja.
Keempat puyera-puteri Adam mencapai usia remaja dan mamasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kpd hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua org tuanya dgn cara bagaimana menyalurkan nasfu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yg bebas di antara putera-puterinya.
Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dgn puterinya.Qabiel dikahwinkan dgn adik habiel yg bernama Lubuda dan Habiel dgn adik Qabiel yg bernama Iqlima.
Cara yg telah diilham oleh Allahs.w.t. kpd Nabi Adam telah disampaikan kpd kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yg harus dipatuhi dan segera dilaksanakan utk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yg meliputi keluarga dan rumahtangga mereka.Akan tetapi dgn tanpa diduga dan disangka rancangan yg diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabiel dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habiel dgn mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima.Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya utk dikahwinkan oleh Habiel.Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yg kadang-kadang menjurus kpd pertentangan dan permusuhan yg sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki diantara sesama keluarga dan sesama suku.
Kerana Qabiel tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dgn adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yg dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yg meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kpd Tuhan utk menentukannya.Caranya ialah bahawa masing-masing dari Qabiel dan Habiel harus menyerahkan qurban kpd Tuhan dgn catatan bahawa barangsiapa di antara kedua saudara itu diterima qurbannya ialah yg berhad menentukan pilihan jodohnya.
Qabiel dan Habiel menerima baik jalan penyelesaian yg ditawarkan oleh ayahnya.Habiel keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabiel datang dgn sekarung gandum yg dipilih dari hasil cucuk tanamnya yg rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua qurban itu kambing Habiel dan gandum Qabiel diatas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yg akan terjadi atas dua jenis qurban itu.
Kemudian dgn disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yg menanti dgn hati berdebar apa yg akan terjadi di atas bukit dimana kedua qurban itu diletakkan, terlihatlah api besar yg turun dari langit menyambar kambing binatang qurbannya Habiel yg seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabiel tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.
Maka dgn demikian keluarlah Habiel sebagai pemenang dlm pertaruhan itu krn qurbannya kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yg mendapat keutamaan utk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yg akan dipersuntingkan menjadi isterinya.
Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia.